• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

oleh Mynewshub
27/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100 peratus mengikut cara korporat komersial kerana ia adalah badan berkanun yang ada Akta Khas (Akta TH 1995)

Menurut beliau, struktur modal TH adalah simpanan jangka panjang, maka kaedah Realisable Asset Value (RAV) dalam pengurusan aset TH dengan mengambil kira nilai realisasi aset jangka masa panjang (seperti saham dan hartanah)

“Bukan TH saja yang pakai malah Khazanah Nasional pun pakai RAV hari ini. Tanyalah PMX, dia Pengerusi. Jika RAV tidak boleh pakai, maka mari kita haramkan kaedah ini di Malaysia. Semua tak boleh pakai termasuk Khazanah sekali,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkenaan isu TH baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahim turut membidas dakwaan bahawa hibah TH pada zaman BN dibayar menggunakan wang pendeposit sehingga disamakan dengan skim Ponzi.

Menurutnya, dakwaan sedemikian menunjukkan kegagalan membezakan antara rosot nilai (impairment) dengan keuntungan operasi.

Bagi menjelaskan perkara itu, beliau memberikan contoh sebuah rumah di Kuantan yang dibeli pada harga RM200,000 dan disewakan pada kadar RM1,000 sebulan.

Katanya, sekiranya nilai rumah itu turun kepada RM180,000, pengurangan RM20,000 merupakan rosot nilai, namun kerugian sebenar hanya berlaku sekiranya rumah berkenaan dijual ketika nilainya jatuh.

Pada masa sama, katanya, pemilik rumah masih menerima sewa RM1,000 sebulan walaupun nilai hartanah tersebut menurun dan pendapatan sewa itu merupakan keuntungan.

Abdul Rahim berkata, situasi sama berlaku dalam pengurusan aset TH, antaranya membabitkan pegangan institusi itu dalam Malakoff.

Menurutnya, walaupun saham Malakoff mencatatkan penurunan harga sekitar 20 peratus antara 2015 hingga 2017, syarikat berkenaan masih memberikan dividen RM101 juta kepada TH sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, RM101 juta itu bersama pendapatan sewaan dan dividen daripada aset lain merupakan keuntungan operasi yang direalisasikan dan keuntungan berkenaan digunakan bagi pembayaran hibah kepada pendeposit.

“Tak ada satu sen pun hibah dibayar menggunakan duit simpanan umat Islam. RCI pun tak pernah kata begitu. Kamu semua ni sebenarnya baca ke tidak laporan RCI?” katanya.

Abdul Rahim turut mempertikaikan kenyataan Rafizi mengenai aset TH yang dipindahkan tetapi masih belum pulih, dengan menyifatkannya sebagai bukti kegagalan pelan penyelamatan yang dilaksanakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH)

Katanya, aset TH bernilai RM9.9 bilion dipindahkan pada era pentadbiran PH 1.0 kepada anak syarikat Kementerian Kewangan dengan naratif bahawa langkah berkenaan bertujuan “memulihkan aset”

Bagaimanapun, beliau mendakwa banyak aset terbabit akhirnya berada dalam keadaan lebih buruk berbanding sebelum dipindahkan.

Antara contoh yang diberikan adalah Tabung Haji Heavy Engineering yang menurutnya pada asalnya dimiliki TH, tetapi kemudiannya bankrap selepas beberapa tahun dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Jadi apa sebenarnya manfaat pelan penyelamatan ini?” soalnya.

Abdul Rahim berkata, sekiranya Jawatankuasa Khas Opsyen Nasional (JKON) masih mahu mengatakan TH mengalami kerugian pada zaman BN, jumlah kerugian yang perlu ditanggung menurutnya paling banyak adalah RM4.1 bilion.

Sebaliknya, beliau mendakwa pelan penyelamatan PH menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung suntikan RM17.8 bilion, manakala TH kehilangan pegangan dalam pelbagai aset strategik termasuk dividen jangka panjang daripada ekuiti yang sebelum itu dimiliki institusi berkenaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tags: Abdul Rahim Hilmi ZakariyaKaedah RAVPemerhati politikTabung HajiTH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Berbaju Oren SPRM Ke Mahkamah

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Berbaju Oren SPRM Ke Mahkamah

27/08/2026
0

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd