• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Defisit TH RM4.1 Bilion, Kenapa Suntik RM17.8 Bilion?

oleh
12/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan menyelamatkan Lembaga Tabung Haji dengan menyuntik dana sebanyak RM17.8 bilion sedangkan sebelum ini entiti itu dikatakan merekodkan defisit RM4.1 bilion sahaja.

Beliau mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan telah menjahanamkan Tabung Haji.

Katanya, selama bertahun-tahun Tabung Haji membayar hibah yang tinggi dan tidak perlu diselamatkan (bail-out) semasa pentadbirannya.

Selepas membaca kertas putih Felda, beliau mendakwa, kerajaan sekarang juga akan melakukan perkara yang sama kepada agensi tersebut.

“PWC pun kata TH sebenarnya ada defisit terkumpul RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

“Dakwa BN terlebih bayar hibah untuk tahun-tahun lepas. Kejamnya BN.

“Sampai hujung tahun 2018, PWC kata defisit naik ke RM10.9 bilion.

“Kita dikejutkan lagi apabila kerajaan PH kata mereka perlu bail-out TH dengan RM17.8 bilion selepas TH jual aset.

“Dari kelebihan tukar menjadi defisit RM4.1 bilion.

“Dari defisit RM4.1 bilion naik ke defisit RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018.

“Dan dari defisit RM10.9 bilion tiba-tiba perlu bail-out RM17.8 bilion.

“Penyokong PH pun puji kerajaan PH kerana meluluskan bail-out RM17.8 bilion untuk TH. Baik hati sangat PH ni. Prihatin.

“Tetapi penyokong PH tidak pernah tanya soalan yang paling asas ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mengumumkan kerajaan akan memberi bantuan kepada Tabung Haji sebanyak RM17.8 bilion dalam tempoh 10 tahun atau sehingga sukuk yang diterbitkan habis ditebus.

Ini susulan pemindahan asetnya kepada syarikat khas Urushartanah Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) berjaya ditebus semula.

Pembayaran pertama sebanyak RM500 juta akan dibuat pada tahun hadapan dan bakinya akan dibuat setiap tahun sehingga semua sukuk habis ditebus. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd