• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, PAS, MCA, MIC Lapor Polis Terhadap Guan Eng

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS ibarat ‘perang’ terhadap orang bukan Melayu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 12.15 tengah hari ini.

Laporan polis itu dibuat, diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda MIC, R Thinalan dan wakil daripada Pemuda MCA dan PAS.

Kelmarin, UMNO dan PAS secara rasminya mengadakan pertemuan bersama bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu.

Mesyuarat perundingan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur itu turut dihadiri barisan pimpinan kedua-dua parti.

Guan Eng kemudiannya mendakwa kerjasama itu seperti UMNO dan PAS mengisytihar perang terhadap golongan bukan Melayu.

Selepas teruk menerima kecaman netizen, Guan Eng kemudiannya menukar kenyataannya itu.

Pelbagai pihak menuntut Guan Eng disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversinya itu. – Sinar Harian

Tags: laporan polisLim Guan EngMCAMICPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd