• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sentiasa Jaga Hak Melayu, Islam – Muhyiddin

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH: Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam, apabila melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.

“Apa yang saya nak katakan, tindakan kerajaan PH tidak bercanggah dengan perlembagaan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Bicara Rakyat di Sungai Kembung Hilir di sini malam ini dalam siri kempen PH menjelang pilihan raya kecil Semenyih, 2 Mac ini.

Beliau berkata kerajaan sedia dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang mendakwa, apa yang dilakukan kerajaan itu bercanggah dengan perlembagaan negara, kerana kerajaan mengetahui hakikatnya bukan begitu.

​​​​​​Setiausaha Agung Barisan Nasional , BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan mempersoal beberapa pelantikan itu, ketika berkempen di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, hari ini berkata polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan.

Muhyiddin seterusnya berkata soal bangsa bukan kriteria utama dalam memegang jawatan, tetapi mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab.

Katanya, menteri kewangan sebelum ini terdiri daripada kalangan Melayu, namun ramai yang melihatnya seolah-olah menjatuhkan nama bangsa sendiri.

Tags: KerajaanMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd