• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lebih baik kerajaan menanggung beban subsidi minyak yang semakin meningkat daripada membiarkan rakyat khususnya ibu bapa terus menanggung derita akibat kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya, pendirian Kerajaan Madani itu jelas meskipun terdapat pihak yang mendakwa pemberian subsidi mengajar rakyat menjadi malas, selain membebankan kewangan kerajaan.

“Pendirian Kerajaan Madani jelas: lebih baik kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita.

“Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga,” katanya menerusi hantaran media sosial hari ini.

Anwar memaklumkan beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih Madani dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) di Melaka.

Beliau berkata, harga minyak dunia ketika ini mencecah sekitar AS$130 setong, namun kerajaan terus mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95.

Katanya, langkah itu diteruskan meskipun kerajaan terpaksa menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjurkan mencecah sehingga RM45 bilion setahun.

“Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, peluncuran NCLAP30 merupakan kesinambungan usaha kerajaan menangani kos sara hidup, termasuk memperluas Jualan Rahmah dengan penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun.

Beliau turut menghargai usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terus turun padang membantu rakyat.

“Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang.

“Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anwarDaripada MembiarkanKerajaanlebih baikMenanggung BebanPMXRakyat Menderita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd