• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sentiasa Jaga Hak Melayu, Islam – Muhyiddin

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH: Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam, apabila melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.

“Apa yang saya nak katakan, tindakan kerajaan PH tidak bercanggah dengan perlembagaan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Bicara Rakyat di Sungai Kembung Hilir di sini malam ini dalam siri kempen PH menjelang pilihan raya kecil Semenyih, 2 Mac ini.

Beliau berkata kerajaan sedia dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang mendakwa, apa yang dilakukan kerajaan itu bercanggah dengan perlembagaan negara, kerana kerajaan mengetahui hakikatnya bukan begitu.

​​​​​​Setiausaha Agung Barisan Nasional , BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan mempersoal beberapa pelantikan itu, ketika berkempen di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, hari ini berkata polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan.

Muhyiddin seterusnya berkata soal bangsa bukan kriteria utama dalam memegang jawatan, tetapi mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab.

Katanya, menteri kewangan sebelum ini terdiri daripada kalangan Melayu, namun ramai yang melihatnya seolah-olah menjatuhkan nama bangsa sendiri.

Tags: KerajaanMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik

Kerajaan Disaran Beri Rebat Isi Rumah Pasang Solar Kurangkan Bil Elektrik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan memberikan rebat kepada isi rumah yang memasang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd