• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Beliau berkata akta yang bertujuan memupuk perpaduan dan keharmonian kaum itu yang kini di peringkat perbincangan dengan kementerian bukan bertujuan menghukum orang ramai, sebaliknya memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang akan menggugat hubungan antara kaum.

“Banyak peruntukan dalam akta ini yang kita perlu lihat dengan teliti sebelum ia boleh digunapakai. Ia (akta) bukan benda yang punitif tetapi untuk mengingatkan masyarakat bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan dan perlakuan.

“Kita boleh didik masyarakat untuk tidak timbulkan isu-isu yang boleh timbulkan ketegangan kaum, tetapi pada akhirnya mereka sendiri perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat di negara ini. Pasti akan ada segelintir daripada mereka yang gemar cetuskan isu-isu sensitif melibatkan kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Suara Harapan: Perpaduan Mensejahtera Negara terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, hari ini.

Dr Md Farid berkata berikutan wujud segelintir masyarakat yang masih cenderung menimbulkan ketegangan antara kaum menerusi pelbagai medium terutama media sosial maka akta sedemikian perlu diwujudkan bagi mengekang perkara itu.

“Kita boleh didedahkan dengan pelbagai kecanggihan teknologi tetapi etika sahsiah dan nilai dan ketimuran yang kita amalkan selama ini hendaklah sentiasa dikekalkan. Media sosial suatu yang bagus tetapi perlu bijak menggunakannya. Jangan api-apikan sesuatu isu yang tidak bawa kebaikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaansosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd