• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Akan Terus Benarkan Projek Lereng Bukit

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan negeri akan terus membenarkan projek pembangunan di kawasan lereng bukit.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri akan memastikan setiap pemaju dan kontraktor mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memulakan pembangunan di kawasan itu.

“Di Pulau Pinang ada had kawalan pembangunan di kawasan lereng bukit. Kita hadkan dengan tidak membenarkan mana-mana pembangunan bertingkat di kawasan melebihi 76 meter ataupun 250 kaki dari paras laut dan (pembangunan) di kawasan cerun tidak melebihi 25 darjah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) di sini.

Muhamad Yusoff ingin tahu sama ada kerajaan Pulau Pinang masih mahu meneruskan pembangunan di kawasan lereng bukit walaupun kejadian tanah runtuh termasuk melibatkan kemalangan jiwa kerap berlaku di negeri ini.

Pada 19 Oktober lepas, sembilan pekerja asing maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong kira-kira 1.56 tengah hari.

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpamanya berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan.

Jagdeep mengakui Pulau Pinang mempunyai kekangan dari segi tanah dan kerajaan negeri perlu mencari alternatif lain untuk meneruskan pembangunan di negeri itu.

“Kalau pergi ke bukit, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) akan marah. Oleh itu kita dapati perlu kita lihat sama ada kita boleh tambak tanah. Bila kita nak tambak tanah pun mereka marah juga.

“Jadi, mana saya nak pergi…anak kepada anak saya nanti nak duduk di mana. Justeru itu, kita akan teruskan pembangunan di lereng bukit dan kita tidak berhasrat untuk hentikannya seperti yang dicadangkan oleh Sungai Dua,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan akan sentiasa mengawal dan memantau setiap projek pembangunan di lereng bukit bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi. – BERNAMA

Tags: lereng bukitpembinaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa Kilang, Pembinaan Boleh Beroperasi – Najib

11/05/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK 60% cluster daripada gelombang Covid ini adalah dari kilang dan tapak pembinaan. Tapi kilang dan tapak...

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh PKP

15/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terlibat, kecuali bagi kerja-kerja yang disenaraikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd