Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Bersenjata Di Gaza...

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta...

Pelabur Asing Lupus RM415.3...

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM415.3 juta ekuiti tempatan minggu lalu,...

Polis Hilang Sejak Rabu...

KLUANG - Anggota polis yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui selamat dalam...

Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol...

AJAL, maut, jodoh dah pertemuan semuanya kerja Allah S.W.T. Siapalah kita sebagai manusia...

Kenapa Kilang, Pembinaan Boleh Beroperasi – Najib

DARI FB NAJIB RAZAK

60% cluster daripada gelombang Covid ini adalah dari kilang dan tapak pembinaan.

Tapi kilang dan tapak pembinaan juga yang terus dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.0 dan PKP 3.0.

Jadi, begaimana nak harap PKP 2.0 dan PKP 3.0 untuk putuskan rantaian Covid?

Pihak belah sana akan beri alasan bahawa, habis itu bagaimana nak Rakyat cari makan jika semua tutup?

Saya bagi fakta.


Sejak darurat diumum 11 Januari:

  • kilang-kilang dan tapak pembinaan milik tauke besar atau milik syarikat asing tak pernah tutup walau sehari pun.
  • kedai-kedai kecil tutup 2 bulan (11 Jan to 4 Mac)
  • sektor pelancongan yang melibatkan berjuta orang tutup atau sangat terjejas dari 11 Jan hingga kini sebab larangan rentas negeri
  • sektor pendidikan termasuk sektor berkaitan seperti pengusaha bas sekolah tutup 2 bulan (11 Jan hinnga 4 Mac) lalu tutup semula bulan Mei
  • sektor hiburan tutup sejak 11 Jan hingga kini. Lima bulan takde income.
  • lain-lain sektor sekejap dibenar buka, sekejap diarah tutup atau sangat terjejas sebab ramai pelangan kurang keluar rumah selagi jumlah kes Covid tinggi.

Adakah hanya tauke-tauke besar serta pemilik asing perlu cari makan tapi berjuta-juta orang biasa dari sektor tempatan lain serta keluarga mereka tak perlu makan?

Kategori