• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pemaju Didenda RM12,000 Curi Air

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS –Sebuah syarikat pemaju didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas didapati salah melakukan penyambungan bekalan air secara haram di sini pada 12 Disember 2012.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujah Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Shariful Azman Mustapa Yahya dan peguam bela, Ang Kai Whei.

Syarikat itu dituduh melakukan penyambungan bekalan air secara tidak sah di tapak Lot PT 634-PT 642, PT 649-PT 663 dan PT 668, Mukim Gua, Jajahan Pasir Mas.

Penyambungan bekalan air menggunakan tee off jenis paip poly bersaiz 25 mm di tapak premis itu merupakan satu kesalahan kerana dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Selain itu, terdapat juga satu kepala paip plastik yang dipasang pada hujung jajaran paip untuk mengawal penggunaan bekalan air tersebut bagi kegunaan kerja-kerja pembinaan di tapak itu.

Syarikat pemaju itu dituduh di bawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

SPAN dalam satu kenyataan media memohon kerjasama orang awam melaporkan kes seperti itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN di talian 03-8317 9333 atau e-mel ke [email protected]. – Mynewshub.tv

Tags: curi airpemaju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Serbu Premis Curi Air

SPAN Serbu Premis Curi Air

06/08/2022
0

Seremban : Tiga premis di sini, dan Port Dickson, diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didakwa mencuri air melalui...

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

12/10/2019
0

PETALING JAYA - Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd