• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

oleh Mynewshub
23/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah ibadat bukan Islam bagi semua pembangunan baharu yang mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 penduduk.

Pemaju juga diwajibkan menyediakan jalan akses yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur lain seperti bekalan air dan elektrik, manakala ketinggian rumah ibadat bukan Islam juga tidak akan dihadkan dengan syarat bangunan tersebut direka bentuk secara harmoni dengan pembangunan di sekitarnya.

Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial memaklumkan, tiga perkara itu antara yang terkandung dalam garis panduan pembinaan baharu yang disemak semula bagi rumah ibadat bukan Islam di Selangor.

“Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han memaklumkan kepada para pemimpin agama bahawa exco negeri telah menunaikan janjinya untuk mengkaji semula dan mengemas kini Garis Panduan Pembinaan PlanMalaysia Selangor.

“Versi terkini ini mengambil kira semua maklum balas daripada pihak berkepentingan yang diperoleh menerusi perbincangan-perbincangan terdahulu,” kata kenyataan itu hari ini.

CCM turut memaklumkan, turut terkandung dalam garis panduan itu adalah tanah atau premis komersial, perindustrian dan institusi dibenarkan secara rasmi untuk digunakan sebagai rumah ibadat bukan Islam.

Selain itu, keperluan berkaitan jalan akses dan jarak anjakan bagi bangunan keagamaan adalah lebih fleksibel, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS)

Jelas kenyataan itu, LIMAS akan bertindak sebagai orang tengah atau penimbang tara sekiranya berlaku pertikaian antara pemilik hartanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

“Perkara di atas hanyalah ringkasan kepada Garis Panduan Baharu (Jun 2026). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada dokumen penuh garis panduan tersebut apabila ia diterbitkan dan tersedia kepada umum.

“Garis panduan baharu ini berkuat kuasa serta-merta mulai Jun 2026 dan hanya terpakai di negeri Selangor.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Exco kerajaan Selangor kerana mendengar kebimbangan komuniti bukan Islam dengan menerima pakai garis panduan yang disemak semula ini, yang dilihat lebih inklusif dan adil,” kata CCM. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Council of Churches of Malaysia CCM

 

Tags: CCMExco Kerajaan Selangorgadis panduanketinggianMajlis Gereja-Gereja MalaysiaNg Sze Hanpemajurumah ibadat bukan IslamselangorTanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan Johor masih ketinggalan berbanding negeri Selangor. Justeru, beliau...

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd