• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAI, Proton Jalin Kerjasama Tingkat Kualiti Pembekal

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Proton Holdings Berhad (Proton) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mengoptimumkan perkongsian sumber dalam membangunkan pembekal bahagian dan komponen kenderaan Proton bagi mencapai standard global.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama itu melibatkan pelbagai sumber daripada kedua-dua belah pihak untuk memaksimumkan penggunaan infrastruktur pembangunan automotif sedia ada.

Menurut beliau, perkongsian tersebut melibatkan bidang aplikasi rekaan termaju, simulasi proses digital dan teknologi pengesahan yang ditambah baik.

“Selain itu, para pembekal juga boleh mengoptimumkan pembangunan modal insan, perniagaan dan pembangunan teknologi menerusi lapan Program Kecemerlangan Pembekal MAI antaranya Sistem Pengeluaran Lean, Kejuruteraan Pensijilan Industri Automotif, Program Pengukuhan Keusahawanan Pengedar dan Program Transformasi Bengkel.

“Kesemua program tersebut kini sedia untuk dilaksanakan dan MAI serta Proton akan menyesuaikannya mengikut keperluan perniagan, teknologi dan rantaian bekalan syarikat,” katanya dalam majlis menandatangani MoU antara MAI dan Proton di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: MAIpembekal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendapatan Pekebun Kelapa Merosot Teruk

20/09/2018
0

BAGAN DATUK – Pendapatan pekebun kelapa di daerah ini terjejas teruk ekoran kemerosotan pembelian oleh pembekal dari luar sejak awal...

Herzas: Dari Kuli Jadi ‘Tauke’ Pengeksport Kulit Kerang

29/04/2018
0

SEMPORNA - Bermula dengan hanya makan gaji RM70 sebulan di sebuah syarikat pengeksport kulit kerang di sini, Herzas Ladja Banasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd