• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Pekebun Kelapa Merosot Teruk

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Pendapatan pekebun kelapa di daerah ini terjejas teruk ekoran kemerosotan pembelian oleh pembekal dari luar sejak awal tahun ini.

Mereka mendakwa masalah itu berlaku disebabkan pembekal kini membeli kelapa yang diimport dari Thailand dan Filipina yang mempunyai kualiti sama seperti kelapa di Bagan Datuk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku lambakan kelapa akibat tidak dibeli oleh pembekal di sekitar kawasan Bagan Datuk dan Hutan Melintang.

Seorang pekebun kelapa di sini, Hamidi Din, 53, berkata, masalah itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Menurutnya, ini menyebabkan mereka semakin hilang pendapatan memandangkan tanaman kelapa merupakan sumber rezeki mereka sejak dahulu lagi.

“Jika dahulu 5,000 kelapa yang diturunkan dari pokok boleh terus naik lori pembekal tiga kami seminggu, tapi sekarang nak jual 1,000 biji kelapa pun susah.

“Saya difahamkan pembekal sudah ada pilihan kelapa yang diimport dari Thailand dan Fili­pina, kelapa Indonesia tidak menjejaskan jualan kelapa dari daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: kelapapembekal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd