Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Muslim Memusuhi Agama Lain...

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Islam yang tidak bebas daripada memikirkan kaum sendiri...

Selamat Tinggal Akhbar Tertua...

KUALA LUMPUR – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih...

Pelantikan Mahathir Dalam Pakatan...

JOHOR BAHRU - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil menyifatkan pelantikan Tun Dr...

Tarikh PRK Tanjung Piai...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi kekosongan...

Herzas: Dari Kuli Jadi ‘Tauke’ Pengeksport Kulit Kerang

SEMPORNA – Bermula dengan hanya makan gaji RM70 sebulan di sebuah syarikat pengeksport kulit kerang di sini, Herzas Ladja Banasa dari Kampung Bubul 2 di sini, kini adalah pengeksport kulit kerang ke China.

Ibarat peribahasa ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu’, begitulah tuah Herzas, 60, apabila ditawarkan menjadi pembekal kulit kerang oleh seorang peniaga dari Tanah Besar China selepas 25 tahun bekerja makan gaji dengan gaji terakhir RM1,500 sebulan.

“Saya bekerja dengan majikan saya selama 25 tahun dan apabila bos saya meninggal dunia, perniagaannya iaitu mengeksport kulit kerang pun terhenti lebih lima tahun.

“Selepas itu, saya tidak menyangka pembeli kulit kerang dari China yang pernah berurusan dengan majikan lama, mencari saya dan meminta untuk mendapatkan bekalan kulit kerang,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengambil keputusan untuk mencuba tawaran daripada peniaga China itu, Herzas mengeluarkan modal sendiri RM10,000 termasuk RM9,000 daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh isteri, Rahsa Salahuddin, 44, yang juga seorang Sahabat AIM bagi memulakan perniagaan membekal kulit kerang.

JUAL IKUT KILOGRAM

“Kini perniagaan eksportnya ke Qingdao, China sudah berlangsung kira-kira empat tahun sejak 2014 dan antara kulit kerang yang dieksport jenis Tiger Cowrie, Pasularia, Squid Backbone dan Black Lip,” katanya.

Menurutnya, beliau mampu menerima bayaran mencecah sehingga RM40,000 untuk 16 hingga 25 tan kulit kerang bagi setiap kali eksport.

Herzas berkata dia mendapatkan bekalan kulit kerang itu sama ada daripada penjual di Semporna atau Filipina yang menjual kulit kerang itu mengikut kilogram atau biji dengan harga 0.50 sen sehingga RM7.00 mengikut jenis.

“Kulit kerang yang dibeli ini kotor tetapi pekerja akan keringkan dan memilih kulit yang bagus sahaja untuk dieksport,” katanya yang tidak mahu mengambil untung dengan cara menipu rakan niaga.

Sebaliknya mengutamakan sikap jujur dan amanah dalam berniaga. Perniagaan kulit kerang seberat 16 tan bagi pelbagai jenis itu turut dieksport ke Taiwan atas permintaan.

JUGA UNTUK PRODUK TEMPATAN

“Saya jangkakan kulit kerang ini mereka proses jadikan butang baju dan pelbagai lagi termasuk kraftangan,” katanya.

Selain mengekport kulit kerang ke luar negara, Herzas turut mengasingkan sedikit untuk dijadikan produk kraftangan dan dijual kepada pelancong di Semporna.


“Saya hantar kepada pekerja saya untuk mereka bersihkan kulit kerang itu dan bentuk jadi kraftangan seperti perhiasan lampu daripada kulit kerang Murex,” katanya dan lampu perhiasan itu dijual dengan harga RM68 di kedainya Syarikat Hock Tai yang terletak di pekan Semporna.

Herzas berkata untuk kulit kerang yang bersih dan sudah diproses menjadi kraftangan turut dieksport ke Sarawak.

PINJAMAN DARIPADA AIM

Selain perusahaan kulit kerang, Herzas memiliki 25 rumah yang disewakan kepada penjawat awam di Semporna dengan kadar sewa antara RM600 dan RM700.

Beliau yang berpandangan jauh turut mahu membuka sebuah inap desa (homestay) dengan bantuan pinjaman daripada AIM Semporna.

“AIM pemudah cara kepada peniaga kecil Semporna untuk terus mengembangkan perniagaan,” katanya yang turut mengemukakan permohonan kepada pengurus cawangan AIM Semporna.

Katanya pembinaan inap desa itu bertepatan kerana Semporna adalah daerah pelancongan terkenal terutama dalam kalangan pelancong China.

“Saya mengambil peluang ini kerana melihat kerancakan ekonomi di Semporna yang menerima kemasukan kira-kira 1,000 pelancong setiap hari,” katanya.

Pengurus AIM Cawangan Semporna, Nik Ahmad Hafizul Nik Muhamad Zawawi berkata pihaknya menyasarkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM18 juta tahun ini berbanding RM13 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata sehingga Mac ini, RM2,040,000 telah dipinjamkan kepada Sahabat AIM Semporna. – BERNAMA

Kategori