• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Amanah: Bekas Pemandu Dipenjara 12 Bulan, Denda RM10K

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu dihukum penjara 12 bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah berhubung wang kutipan hasil penghantaran barang berjumlah RM14,315.75 milik sebuah syarikat logistik, Mac lepas.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharudin Musa, 44, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Sharudin menjalani hukuman penjara lapan bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai pembawa iaitu ‘subcon rider’ yang diamanahkan dengan wang kutipan hasil penghantaran barang berjumlah RM14,315.75 telah melakukan pecah amanah terhadap wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu dilakukan di Syarikat Ninja Logistics (M) Sdn Bhd, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Chow Kit di sini antara 12 Mac sehingga 9 Jun 2018 mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, Sharudin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia penanggung tunggal keluarga serta isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua anak yang masih kecil.

“Isteri saya kini sedang mengandung anak ketiga dan dijangka melahirkan anak dalam pertengahan bulan Mei nanti. Saya juga menanggung bapa mentua jadi saya mohon hukuman ringan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes Pecah AmanahPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd