• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

oleh Mynewshub
13/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna dana Armada dan pengubahan wang haram.

Ia selepas dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang menjadi panel hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais mengekalkan sabitan yang telah dikenakan terhadap Syed Saddiq sebelum ini.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada kesemua pertuduhan.

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq sepatutnya diputuskan pada 30 Jun lalu, tetapi ditangguhkan kepada hari ini apabila Che Mohd Ruzima dilaporkan bercuti sakit selama dua hari.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta, tetapi Mahkamah Rayuan kemudian membebaskan beliau sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018

Pengasas parti MUDA itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ahli Parlimen MuardibebaskanHakim Datuk Collin Lawrence SequerahkeputusanKes Pecah AmanahKes Rasuahmahkamah persekutuanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd