• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Motosikal Berkuasa Tinggi Berhimpun Di Shah Alam

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena siri pertama karnival ‘Go Motorshow Malaysia 2015-2017’ (Gomoma) yang akan mempamerkan hampir 1,000 kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta klasik dan kereta sport, pada Mac ini.

Presiden Kehormat Eksekutif Majlis Komiti Gomoma, Mohd Shu’ef Lamri berkata himpunan motosikal berkuasa tinggi itu adalah simbolik penganjuran karnival selama tiga hari bermula 27 Mac di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam selain untuk mengatasi rekod terakhir himpunan 2,000 buah motosikal berkuasa tinggi sebelum ini.

Selain menjadi platform mengeratkan persahabatan antara kelab-kelab permotoran seluruh negara dan mengumpulkan peminat dunia permotoran, karnival juga akan mendedahkan aspek keselamatan menunggang motosikal, katanya pada sidang berita di sini semalam.

“Kami akan bekerjasama dengan marsyal bertauliah untuk memberi pendedahan … mempelajari teknik yang betul ketika menunggang motosikal terutamanya motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berhadapan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

Katanya karnival Gomoma 2015-2017 dijadual menjelajah ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bagi mengumpul lebih banyak peminat dunia permotoran yang kini dilihat menjadi trend terbaru gaya hidup golongan muda. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd