• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,300 Peserta Sertai Berbasikal 147 Kilometer

oleh
07/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 1,300 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Eropah, Jepun, Indonesia dan Singapura menyertai Janamanjung Fellowship Ride 2018 (JMFR) edisi ke-11 dengan kayuhan sejauh 147 kilometer baru-baru ini.

Berbasikal Anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama anak syarikat milik penuhnya, TNB Janamanjung Sdn. Bhd. te­lah meletakkan daerah Manjung dan Lumut dalam peta pelanco­ngan sukan antarabangsa khusus­nya berbasikal jarak jauh.

Bermula di Taman Awam Batik, Lumut, peserta dilepaskan seterusnya melalui kawasan-kawasan di Perak antaranya Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, kawasan sekitar Seri Manjung, Pasir Salak dan Ayer Tawar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hadir menyempurnakan pelepasan peserta sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman; Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Zainudin Ibrahim dan Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Datuk Shamsul Ahmad.

Sumber: Harian Metro

Menurut Zambry, jelajah berbasikal itu secara tidak langsung mempromosikan industri pelancongan di negeri Perak khususnya daerah Lumut dan Manjung, lapor Harian Metro.

“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat merancakkan lagi keadaan dan kedudukan Lumut khususnya dan Manjung amnya sebagai destinasi pelancongan yang berasaskan kepada sukan serta alam semula jadi.

“Untuk pengetahuan semua, Perak buat lima tahun berturut-turut mempunyai bilangan kehadiran pelancong dalam negara yang tertinggi di Malaysia dan program sebegini menyemarakkan lagi pelancong dari luar Perak mengunjungi serta bermalam di sini,” katanya.

Penyertaan peserta berskala besar juga memberi kesan positif kepada ekonomi setempat, sekali gus mempromosikan Perak yang kaya dengan pelbagai budaya, makanan, hasil kraftangan menarik dan sebagainya.

Lebih 60 gerai pameran disediakan untuk pengunjung seperti gerai promosi Aplikasi MyTNB dan jelajah pasukan hoki TNB Thunderbolts serta pelbagai gerai jualan produk tempatan berasaskan kraftangan dan makanan laut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BerbasikalPerakpeserta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd