• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah KBS: 22 Beg Jenama Mewah Jadi Barang Bukti

oleh Ahmad Albab
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beg jenama mewah Christian Louboutin, Salvatore Ferragamo, Fendi Roma, Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Prada Milano dan Christian Dior, dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai barang bukti pada perbicaraan kes bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Kesemua 22 buah beg tangan itu dikemukakan oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi A/L Kulup Lam ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Husmarudin Husin dan Aaron Chelliah pada perbicaraan kes Otman Arshad, 59 tahun, bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, KBS.

Asmawi, 37, membuka beg itu satu persatu semasa ditanya oleh Husmarudin mengenai beg tersebut pada perbicaraan kes di hadapan Hakim Azura Alwi.

Saksi pendakwaan ke-49 itu turut mengemukakan sijil pengesahan keaslian bagi kesemua beg tangan itu dan panduan penjagaannya.

Beliau berkata kesemua beg tangan yang dirampas telah dibungkus dengan kemas dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang ditandakan oleh SPRM.

Sementara itu, Husmarudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan beberapa kotak lagi yang mengandungi beg tangan dan jam tangan mewah semasa perbicaraan akan datang yang ditetapkan pada 16 hingga 19 April ini.

“Pihak kami juga akan mengemukakan beberapa buah kereta mewah milik tertuduh pertama (Otman) serta tertuduh kedua dan ketiga (Abdul Gafar Abdurahiman dan Siti Rohanah Hussien),” katanya.

Pada 21 April 2016, Otman yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar, 44; dan isterinya Siti Rohanah, 44; suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa yang sama.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya; Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. – BERNAMA

Tags: Pengubahan Wang Haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd