• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pembangkang India Akan Hadir Iycon Sabtu Ini

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 500 orang dijangka menghadiri Pertemuan Belia India Malaysia (iYCON) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat di sini, esok.

Antara penyampai ucap tama pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pembangkang India Rahul Gandhi.

Bendahari agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata Rahul dijangka tiba di Malaysia pada 10.30 malam ini.

“Rahul dijadual mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana sebelum pulang ke New Delhi,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Semasa melawat New Delhi pad 2010, Najib mengadakan perjumpaan dengan Rahul, yang menyandang jawatan setiausaha agung Kongres, parti pemerintah ketika itu.

Kini, Rahul, 48, adalah Anggota Parlimen Amethi, kawasan yang pernah diwakili bapanya, Rajiv Gandhi.

Vell Paari berkata presiden Indian National Congress itu juga dijangka melawat ibu pejabat MIC pada 2 petang esok dan akan disambut timbalan presiden parti, Datuk Seri S. K. Devamany.

Lawatan cicit perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru, itu merupakan suatu sejarah bagi MIC.

Sementara itu, pengerusi Biro Profesional Muda (YPB) MIC Kishva Ambigapathy berkata iYCON dianjurkan biro itu yang terletak di bawah Pergerakan Pemuda MIC kebangsaan.

“Konvensyen ini akan memberi fokus kepada empat bidang utama iaitu pengurusan yayasan, kehidupan dan kekayaan, keterangkuman dan kesepaduan sosial serta meralisasikan potensi.

“Objektif iYCON ialah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia, terutama belia India, tentang isu di sekeliling mereka,” katanya.

Kishva berkata acara kemuncak iYCON ialah sesi dialog bersama Rahul, yang akan memberi peluang kepada golongan muda berinteraksi dengan seorang daripada ketua pembangkang paling muda dan banyak terlibat dengan inisiatif pembangunan termasuk misi damai.

Selain itu, katanya, satu program pertukaran belia India Malaysia akan dilancarkan bersempena pertemuan itu di mana 35 rakyat India akan tinggal selama seminggu di Perak untuk menimba pengetahuan baharu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd