Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

149 Lagu P. Ramlee...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan...

Dihukum Gantung Sebab Perkosa,...

SEORANG lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun...

Polis: Penyokong Malaysia, Indonesia...

SHAH ALAM - Polis menasihatkan para peminat bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan...

Kes Hina Sultan Pahang:...

ALOR SETAR - Akibat bercakap ikut suka hati, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk...

Ketua Pembangkang India Akan Hadir Iycon Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Lebih 500 orang dijangka menghadiri Pertemuan Belia India Malaysia (iYCON) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat di sini, esok.

Antara penyampai ucap tama pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pembangkang India Rahul Gandhi.

Bendahari agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata Rahul dijangka tiba di Malaysia pada 10.30 malam ini.

“Rahul dijadual mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana sebelum pulang ke New Delhi,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Semasa melawat New Delhi pad 2010, Najib mengadakan perjumpaan dengan Rahul, yang menyandang jawatan setiausaha agung Kongres, parti pemerintah ketika itu.

Kini, Rahul, 48, adalah Anggota Parlimen Amethi, kawasan yang pernah diwakili bapanya, Rajiv Gandhi.

Vell Paari berkata presiden Indian National Congress itu juga dijangka melawat ibu pejabat MIC pada 2 petang esok dan akan disambut timbalan presiden parti, Datuk Seri S. K. Devamany.


Lawatan cicit perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru, itu merupakan suatu sejarah bagi MIC.

Sementara itu, pengerusi Biro Profesional Muda (YPB) MIC Kishva Ambigapathy berkata iYCON dianjurkan biro itu yang terletak di bawah Pergerakan Pemuda MIC kebangsaan.

“Konvensyen ini akan memberi fokus kepada empat bidang utama iaitu pengurusan yayasan, kehidupan dan kekayaan, keterangkuman dan kesepaduan sosial serta meralisasikan potensi.

“Objektif iYCON ialah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada rakyat Malaysia, terutama belia India, tentang isu di sekeliling mereka,” katanya.

Kishva berkata acara kemuncak iYCON ialah sesi dialog bersama Rahul, yang akan memberi peluang kepada golongan muda berinteraksi dengan seorang daripada ketua pembangkang paling muda dan banyak terlibat dengan inisiatif pembangunan termasuk misi damai.

Selain itu, katanya, satu program pertukaran belia India Malaysia akan dilancarkan bersempena pertemuan itu di mana 35 rakyat India akan tinggal selama seminggu di Perak untuk menimba pengetahuan baharu. – BERNAMA

Kategori