• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lagi Kejadian Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGI kes kereta dipandu melawan arus, kali ini dalam satu kejadian di Lebuhraya NPE berhampiran Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor pada semalam.

Ia membabitkan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Axia yang dikatakan dipandu secara melawan arus sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya lain.

Dalam rakaman itu menyaksikan perodua Axia itu dipandu secara melawan arus sehingga menyebabkan pemandu di lorong kanan terpaksa menukar laluan ke lorong tengah bagi mengelak berlakunya pelanggaran.

Rakaman yang tular itu turut menunjukkan sebuah kereta peronda lebuh raya dan seorang penunggang motosikal dari arah bertentangan berusaha meminta agar pemandu Axia itu memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan.

Pada masa sama, beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu dengan membunyikan hon bagi menyedarkan pemandu Axia itu yang dipercayai tidak sedar dengan tindakannya itu tetapi turut gagal berbuat demikian.

Menyedari kehadiran anggota polis trafik, pemandu terbabit dilihat panik lalu terus memecut dengan laju sebelum bertindak membuat pusingan U dan berhenti di lorong tengah.

Rakaman yang tular itu mendapat kecaman daripada pengguna sosial yang mana rata-rata meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang berbuat demikian.

Untuk rekod, kejadian seperti ini bukanlah satu perkara baharu malah ia sudah kerap kali berlaku.

Contohnya, dalam satu kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Permatang Pauh, Pulau Pinang sebelum ini yang melibatkan seorang wanita memandu secara lawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: lawan aruslebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd