• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pihak polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang terbaring di lorong kecemasan sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai seorang lelaki warga tempatan yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan ditemukan dalam keadaan berpakaian tidak lengkap serta mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal di lokasi, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian dan kematian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk menjalani bedah siasat bagi menentukan punca kematian serta membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau memiliki rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ketika melalui lokasi sekitar KM198.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara antara jam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi pada 25 Jun diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Insp. Loh Xia Gao di talian 019-5382353 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Alor Gajah. – MYNEWSHUB

Tags: abu mayatKadar KemalangankemalanganKerat Mayatlebuh rayaMisteri
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd