• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

oleh Mohd Arshad
18/12/2025
dalam Terkini
0
Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, walaupun perkara itu akan mendatangkan kesan implikasi kewangan kepada kerajaan, namun jumlah itu akan ditanggung kerajaan.

“Perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya kelak,” katanya pada sidang media mingguan di Kompleks Angkasapuri, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menegaskan keperluan mempercepat kerja-kerja menyiapkan dan menyediakan peralatan perubatan untuk pembinaan Pusat Kanser Sarawak.

“Semalam kita ada membaca laporan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang berhasrat untuk menyalurkan sejumlah dana bagi melengkapkan perolehan beberapa peralatan khusus untuk Pusat Kanser Sarawak.

“Jadi pada peringkat Kerajaan Persekutuan, beberapa perkara Perdana Menteri telah minta supaya disusuli dengan mempercepat proses menyegerakan penyiapan Pusat Kanser Sarawak,” katanya.

Semalam, Abang Johari dipetik berkata kerajaan Sarawak bersetuju menambah peruntukan RM500 juta bagi pembelian peralatan perubatan untuk pembinaan Pusat Kanser Sarawak, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan projek itu mencecah RM1.5 bilion.

Pada 30 Mac 2024, Anwar mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Bahagian Samarahan.

Melalui projek itu, kerajaan Sarawak mencipta sejarah sebagai kerajaan negeri pertama yang mendahulukan dana bagi projek Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya.

Sementara itu mengulas perkembangan banjir, Fahmi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi dan sentiasa mengambil tahu akan amaran cuaca serta perkembangan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mesyuarat Kabinet semalam, telah memberi peringatan bahawa luruan keempat bagi Monsun Timur Laut kali ini dijangka akan berterusan angin dan hujan lebat sehingga Mac 2026.

-Harian Metro

Tags: Konsesilebuh rayaTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd