• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Syamsul ‘Terganggu’ Selepas Ada Anak

oleh
14/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAT lelah pasti akan hilang selepas melihat keletah si kecil di rumah sampaikan ada ibu bapa yang rasa seperti mahu meluangkan masa selama-lamanya bersama anak mereka.

Malah pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, 33, memberitahu bahawa kehadiran si kecil, Syaikhul Islam yang kini sudah berusia lapan bulan membuatkan dia ‘malas’ untuk pergi bekerja.

“Alhamdulillah, kehadiran Syaikhul menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga bersama isteri. Naluri sebagai bapa sangat kuat hinggakan setiap kali hendak keluar bekerja rasa sangat berat.

“Apabila berada di pejabat, saya selalu fikirkan anak. Sebab saya tahu waktu bangun dan tidur. Kalau pulang, penat macam mana pun, saya mesti luangkan masa bermain dengannya.

“Saya perlu hargai momen ini. Kalau boleh, saya tidak mahu terlepas walau sesaat. Pendek kata, kehadiran anak sulung ini menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga bersama isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Syamsul kini sedang ‘angau’ bersama dengan anaknya dan baginya dia kini sudah bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan bapa.

Tambah pengarah hebat itu lagi, peribahasa syurga di bawah tapak kaki ibu itu merupakan bukti pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya.

“Saya tengok Sarah seorang yang kuat semangat. Setiap hari keluar bekerja, saya selalu berpesan jaga anak dengan baik.

“Saya sangat menghargai apa yang dilakukan Sarah untuk keluarga kami. Sudah semestinya sebagai suami, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya,” ujarnya lagi.

Bagi Syamsul, tiada apa lagi yang mampu dikatakan olehnya melainkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 32.

“Sejak berkahwin, dia sangat memahami kerja saya. Walaupun ada ketika saya kena juga pujuk dan ambil hatinya,” tambah Syamsul yang baru-baru ini muncul dengan filem Abang Long Fadil 2.

Dalam masa yang sama, Syamsul kini bakal muncul dalam filem Makrifat Cinta yang bakal ditayangkan pada 1 Februari tahun hadapan.

Makrifat Cinta merupakan filem di bawah arahan Kamal G menampilkan Syamsul, Nora Dannish, Nabila Huda, Dato Adi Putra, Puteri Balqis, Sabrina Ali dan ramai lagi sebagai teraju utama. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: anakPuteri SarahSyaikhul IslamSyamsul Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd