• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan untuk beliau mencadangkan anaknya sebagai calon di DUN tersebut.

Beliau yang mengumumkan keluar UMNO hari ini mendakwa, tidak salah untuk beliau mencadangkan anaknya yang didakwa terlatih sebagai calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

“Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu? Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan Ketua Bahagian Ledang boleh bertanding di Serom.

“Tidak salah mencadangkan anak yang terlatih sebagai calon. Ali melatih anak perempuannya menjadi peninju. Sudah tentu anak itu dibawa masuk gelanggang setelah dia cukup bersedia untuk bertempur,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan Mohd. Puad mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan UMNO tidak mempertimbangkan anaknya sebagai calon di DUN Rengit.

Mohd Puad seterusnya membuat beberapa tuduhan baru terhadap UMNO yang didakwa konon mengamalkan kronisme dalam soal pemilihan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Maka sistem pilih calon itu yang saya protes. Apabila tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada? Parti jadi milik eksklusif. Sebab itu saya melakukan kamikaze untuk sedarkan pemimpin,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DrPuad Zarkashi

Tags: anakCalonDatuk Dr Mohd Puad ZarkashiDUNJohorPRNRengitTerlatih
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

07/08/2026
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd