• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

oleh Mynewshub
28/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar.

Beliau turut menegaskan bahawa anaknya seorang yang terlatih dan telah dibimbing termasuk dalam soal pemikiran dan komitmen.

“Dalam isu anak saya, ia bukan soal anak sendiri. Kebetulan dia bekas pemimpin pelajar.

“Dia dilatih dan dibimbing termasuk dalam soal pemikiran dan komitmen,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menafikan tindakannya keluar parti kerana mahu jadikan UMNO sebagai parti anak-beranak.

Mohd Puad sebelum ini mengumumkan keluar UMNO dengan dakwaan konon parti itu tidak lagi bebas dalam membuat keputusan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki namun mendedahkan Mohd. Puad bertindak keluar UMNO kerana anaknya tidak dapat menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO tidak mempertimbangkan untuk anak beliau sebagai calon di DUN Rengit,” kata Asyraf Wajdi.

Terdahulu, Mohd Puad dalam hantaran sama mendakwa parti anak-beranak mempunyai makna yang lebih luas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DrPuad Zarkashi

Tags: anakBekas Pemimpin PelajarDatuk Dr Mohd Puad ZarkashiTerbimbingTerlatih
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd