• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Anak Negeri Tingkat Kesedaran Perkeso

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NABAWAN – Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey Ahfang Suan mencadangkan agar Mahkamah Anak Negeri Nabawan dilibatkan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Katanya, cadangan itu agar masyarakat, khususnya majikan, terdedah kepada pentingnya mendaftarkan pekerja dengan Perkeso tambahan pula pemahaman masyarakat mengenai fungsi Perkeso masih rendah di daerah terpencil ini.

“Cadangan ini, akan menjadikan Mahkamah Anak Negeri Nabawan pertama di Sabah menjalinkan kerjasama dengan Perkeso, bertujuan untuk memastikan rakyat di pedalaman mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini kerana kita tahu masih ramai majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka dengan Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat 2017 Peringkat Pejabat Perkeso Keningau di sini hari ini.

Bobbey berkata Mahkamah Anak Negeri Nabawan boleh memainkan peranan sebagai pakar rujuk penyediaan dokumentasi untuk setiap tuntutan insurans, khususnya berkaitan status perkahwinan pekerja.

“Justeru, penglibatan Mahkamah Anak Negeri sangat penting kerana ia institusi yang paling rapat dengan rakyat di pedalaman,” jelasnya.

Pengurus Pejabat Perkeso Keningau Rizal Jammaludin menyambut baik cadangan Bobbey itu dan berkata kerjasama Perkeso dengan Mahkamah Anak Negeri Nabawan boleh diserap dalam Program Sahabat Skuad Prihatin Perkeso Keningau.

“Perkeso menyambut baik cadangan ini, sekali gus membantu jabatan dalam pelbagai bentuk urusan terutamanya pekerja-pekerja yang menghadapi masalah.

“Kerjasama ini juga sebagai jambatan untuk mempromosi kepada majikan mengenai perkhidmatan Perkeso,” katanya.

Pada majlis itu, Bobbey menyampaikan cek faedah Perkeso berjumlah RM15,765.36 kepada pencarum Ampaun Angkasang dan RM2,691.90 kepada Monsahelinah Lansiman yang kedua-duanya mengalami kemalangan ketika bertugas dan distatuskan sebagai Hilang Upaya Kekal (HUK). – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd