• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

oleh Mohd Arshad
25/08/2025
dalam Terkini
0
RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), insurans kewajipan kerja dan lain-lain manfaat antara perkara yang perlu dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, status pekerjaan seperti definisi pekerja tetap, bergaji, kontrak atau gig juga mesti jelas bagi memastikan hak-hak dasar dipenuhi.

Menurutnya, selain itu, pelaksanaan upah minimum yang adil, perlindungan jam kerja, aturan kerja serta pembayaran tepat pada masanya perlu diberikan perhatian serius.

“RUU ini juga mesti merangkumi aspek keselamatan kerja, hak cuti, perlindungan kesihatan dan mekanisme penyelesaian sengketa.

“Dari segi pengawasan platform pula, perlu ada ketelusan tentang bagaimana platform bertanggungjawab terhadap pekerja gig,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, RUU Pekerja Gig 2025 yang bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor berkenaan telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika membentangkan RUU tersebut berkata, bacaan kali kedua dan ketiga juga akan dibuat pada persidangan kali ini.

Menurut beliau, ia menjadi detik penting bagi mengiktiraf lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara melalui ekosistem ekonomi gig yang lebih adil, progresif dan inklusif.

Jelas Steven lagi, langkah ini menjadikan Malaysia antara 15 negara terawal di dunia yang memberikan definisi jelas kepada pekerja gig.

Difahamkan, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah menganjurkan 37 sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh, termasuk 14 sesi bersama kementerian, agensi, serta kerajaan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, 13 sesi melibatkan pekerja gig, penyedia platform dan bukan platform, manakala tujuh sesi bersama pemegang taruh serta pemain industri di enam zon utama — utara, tengah, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak sejak 22 Oktober hingga 7 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pendirian Cuepacs terhadap isu pekerja gig secara umumnya berlandaskan fokus kepada perlindungan dan kesejahteraan pekerja.

Justeru katanya, Cuepacs menyokong pendekatan yang meningkatkan perlindungan sosial buat pekerja, termasuk mereka yang berstatus gig.

“Cuepacs kerap meneliti implikasi kos kepada anggaran negara, terutama apabila skim perlindungan baharu memerlukan sumbangan tambahan daripada pekerja atau syarikat serta platform.

“Dalam konteks keseimbangan antara perlindungan pekerja dan kelangsungan pekerjaan formal, Cuepacs berpandangan perlu ada perlindungan tanpa membebankan anggaran negara atau tenaga kerja sedia ada,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: CuepacsPerkesoRUU Pekerja Gig 2025
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd