• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan Di Thailand

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di wilayah Prachuap Khiri Khan, kira-kira lima jam perjalanan darat dari Bangkok.

Menurut Lt Samarng Supattana-anant daripada polis Bangsaphan Noi, kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri, empat anak mereka dan seorang saudara, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Poipet, sebuah bandar di sempadan Kemboja, apabila kemalangan itu berlaku pada 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Wanita yang memandu kenderaan itu tertidur, mengakibatkan Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, dan menambah, kemalangan itu berlaku di Phet Kasem Road arah selatan di Tambon Sai Thong, dalam wilayah itu.

Kesemua rakyat Malaysia itu bermalam di Hospital Bangsaphan Noi, dan diberi rawatan kerana kecederaan yang dialami.

Polis Thai mengenal pasti rakyat Malaysia itu sebagai Mohd Isa Abdul Ghani, 44, Rafidah Ismail, 42, Wan Rosilawati Wan Hashim, 33, Muhammad Loqman Mohd Isa, 11, Muhammad Nor Hakim Mohd Isa, 9, Ainul Mardhiah Mohd Isa, 7, dan Ainulmawaddah Mohd Isa, 2.

Samarng turut mengenal pasti Rafidah sebagai pemandu ketika kemalangan itu berlaku, yang keletihan selepas memandu dalam tempoh yang lama, dan mengakibatkan kemalangan.

“Kami syak dia terlelap semasa memandu, mungkin sebab terlalu letih selepas memandu dengan begitu lama,” katanya, dan menambah, Mohd Isa membuat laporan polis mengenai kemalangan itu semalam.

Poipet adalah bandar pelancongan popular yang terletak berhampiran sempadan Thai-Kemboja.

Pegawai polis itu berkata beberapa anggota keluarga rakyat Malaysia itu akan datang ke Prachuap Khiri Khan hari ini untuk membawa mereka pulang ke Malaysia dan meneruskan rawatan di negara itu. – BERNAMA

Tags: Kes Kemalanganrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd