KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat pujian rakyat.
Seorang pengguna Facebook, Mary Emily Maluda menyifatkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang luar biasa kerana sanggup bersama rakyat dalam keadaan hujan.
“Salute to you PMX. The one and only PM I ever witness supporting the concert in rain,” tulisnya di ruangan komen.
Bahar Ajat pula menzahirkan rasa syukur terhadap kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Negara aman, rakyat bahagia. Terima kasih pimpinan PMX. Rakyat bersyukur hidup di negara ini, alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Fila Lee gembira melihat Perdana Menteri berpeluang berehat daripada kesibukan tugas rasmi.
“Alhamdulillah nampak juga PMX berehat. Non-stop kerjanya pun,” tulisnya.
Saiful Zizuan pula berpandangan kehadiran Anwar berbeza daripada kebiasaan pemimpin yang sekadar hadir sebentar dalam konsert.
“Biasanya PM hanya sekadar hadir tunjuk muka sebentar saja. Sekadar menyokong industri dan biduanita tersohor tanah air. Beza dia dengan PM-PM terdahulu,” katanya.
Joe Husin turut menitipkan pesanan agar Anwar mengambil kesempatan berehat dan menenangkan fikiran.
“Rehat DSAI, ambil masa tenangkan minda. Terima kasih jaga Malaysia dengan cukup baik, santuni rakyat semua peringkat golongan,” katanya.
Mohamat Rizal pula memuji cara Anwar mengisi masa lapang: “Cara PMX luangkan masa untuk berehat bukan dengan cara puak sana tu luangkan masa dengan main golf dan mesyuarat macam mana nak sakau”
Mohd Sharul pula berkata: Terbaik PMX dan Kerajaan Madani memang sempoi. Kalau puak ‘hijau’ macam ini punya ramai mesti dengan senyumnya akan melutut, melancarkan ‘TabungMILO’,” – MYNEWSHUB
Sumber Info/Komen Netizen/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


