• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan rakyat Malaysia bukan malas atau tidak mahu bekerja, sebaliknya gaji ditawarkan pihak industri tidak setimpal dengan keperluan hidup apabila pekerja tempatan dibayar pada kadar hampir sama seperti pekerja asing.

Beliau menolak dakwaan kononnya rakyat tempatan memilih pekerjaan atau tidak berminat bekerja, sambil menjadikan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap pagi sebagai bukti.

“Sebab ada orang nak argue dengan saya mengatakan bahawa banyak rakyat kita ini malas, tak mahu dapat kerja. Saya cakap tak betul. Tiap-tiap pagi 100,000 orang cross kepada Singapura untuk take up job, and some of them diploma, degree, master pun ada,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.

Menurut Johari, ramai rakyat Malaysia sanggup melakukan pekerjaan yang hampir sama seperti ditawarkan kilang tempatan, namun memilih bekerja di Singapura kerana pulangan ekonominya lebih berbaloi..

“Offer gaji tidak ada economic value kepada mereka, maka dia tidak akan ambil. Macam foreign workers, dia kumpul 10 orang duduk satu bilik. Kita macam mana? tak mungkin dia akan terima,” katanya.

Beliau turut menjadikan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing sebagai contoh bahawa rakyat Malaysia sebenarnya rajin mencari pendapatan apabila pekerjaan tersebut memberikan pulangan yang berbaloi.

“Jadi apa yang saya tengok sebenarnya kita punya pekerja lokal ini bukan tak rajin. Kalau tidak, tak adalah sampai ramai orang bawa Grab sebab dia ada economic value, sebab itu dia ambil,” katanya.

Johari memberi amaran kegagalan menyelesaikan masalah dasar dan polisi penggajian akan menyebabkan negara terus bergantung kepada 2.6 juta pekerja asing berdaftar, tidak termasuk pendatang tanpa izin.

Beliau menegaskan keadaan itu berisiko menjejaskan masa depan negara sekiranya tidak ditangani dengan serius. – MYNEWSHUB

Tags: Bukan MalasGaji DitawarkanJohari Ghanirakyat MalaysiasamaSeperti Pekerja AsingTetapi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur pihak industri yang masih bergantung kepada...

Waze Mungkin Akan Diharamkan, Tetapi GIP Milik BlackRock Dibenar Masuk – Hafiz Ariffin

Waze Mungkin Akan Diharamkan, Tetapi GIP Milik BlackRock Dibenar Masuk – Hafiz Ariffin

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin membangkitkan tentang syarikat milik BlackRock, Global Infrastructure Partners (GIP) yang didakwa dibenarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd