Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PRU-15 Wajar Diawalkan, Selesaikan...

KUCHING : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik...

Felda Hantar Petisyen Bantah...

JOHOR BAHRU - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menghantar petisyen kepada pihak...

5 Sekeluarga Rentung, 1...

SUNGAI PETANI - Lima sekeluarga rentung termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang emas melecur...

UMNO, BN Bertanding Semua...

ARAU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri tidak menolak kemungkinan bertanding semua...

Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan Di Thailand

BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di wilayah Prachuap Khiri Khan, kira-kira lima jam perjalanan darat dari Bangkok.

Menurut Lt Samarng Supattana-anant daripada polis Bangsaphan Noi, kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri, empat anak mereka dan seorang saudara, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Poipet, sebuah bandar di sempadan Kemboja, apabila kemalangan itu berlaku pada 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Wanita yang memandu kenderaan itu tertidur, mengakibatkan Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, dan menambah, kemalangan itu berlaku di Phet Kasem Road arah selatan di Tambon Sai Thong, dalam wilayah itu.

Kesemua rakyat Malaysia itu bermalam di Hospital Bangsaphan Noi, dan diberi rawatan kerana kecederaan yang dialami.

Polis Thai mengenal pasti rakyat Malaysia itu sebagai Mohd Isa Abdul Ghani, 44, Rafidah Ismail, 42, Wan Rosilawati Wan Hashim, 33, Muhammad Loqman Mohd Isa, 11, Muhammad Nor Hakim Mohd Isa, 9, Ainul Mardhiah Mohd Isa, 7, dan Ainulmawaddah Mohd Isa, 2.

Samarng turut mengenal pasti Rafidah sebagai pemandu ketika kemalangan itu berlaku, yang keletihan selepas memandu dalam tempoh yang lama, dan mengakibatkan kemalangan.


“Kami syak dia terlelap semasa memandu, mungkin sebab terlalu letih selepas memandu dengan begitu lama,” katanya, dan menambah, Mohd Isa membuat laporan polis mengenai kemalangan itu semalam.

Poipet adalah bandar pelancongan popular yang terletak berhampiran sempadan Thai-Kemboja.

Pegawai polis itu berkata beberapa anggota keluarga rakyat Malaysia itu akan datang ke Prachuap Khiri Khan hari ini untuk membawa mereka pulang ke Malaysia dan meneruskan rawatan di negara itu. – BERNAMA

Kategori