• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Minta Atlet Zahir Patriotisme Pingat Emas

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara boleh menzahirkan semangat patriotisme pada bulan kemerdekaan ini dengan menyumbang kilauan emas pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika memberi amanat kepada atlet Kita Juara berkata beliau mengharapkan agar kejayaan bertaraf dunia atlet akan berulang dan radius kemenangan akan bertambah di bumi Malaysia pada KL2017.

“Saya mahu berterima kasih kepada anda, bukan sebagai menteri tetapi sebagai rakyat Malaysia yang telah meyakinkan saya bagaimana sukan dapat menggembirakan dan menyatukan rakyat Malaysia.

“Anda (atlet) mengingatkan rakyat Malaysia bahawa walaupun mereka merasa tiada apa yang hendak dibanggakan sebagai rakyat Malaysia, mereka sentiasa boleh berbangga dengan atlet Malaysia,” katanya.

Kontinjen negara terdiri daripada 871 atlet yang akan bertanding dalam 397 daripada 404 acara di temasya yang akan membuka tirai secara rasmi pada 19 Ogos dan penutupnya pada 30 Ogos.

Khairy berkata beliau mahu kejayaan yang dikecapi di Sukan Olimpik Rio, Kejohanan Berbasikal Dunia di Hong Kong dan Kejohanan Terjun Dunia di Budapest diteruskan di temasya KL2017.

Katanya satu-satunya perkara yang menjadi keutamaannya adalah keinginan setiap wira dan wirawati Malaysia di Sukan SEA atau Para Asean, untuk mengalungkan sebutir pingat emas.

Khairy juga mengingatkan atlet supaya setiap kali masuk gelanggang, mereka perlu fikirkan pingat yang bakal menggembirakan rakyat Malaysia kerana kemenangan mereka bukan hanya untuk diri sendiri sebaliknya pengorbanan oleh keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan juga pegawai sukan.

Katanya mereka tidak menerima kemasyhuran mahupun dikenali di seluruh negara tetapi hanya mahu melihat atlet menang pingat emas untuk mereka.

“Fikirkanlah tentang teman sepasukan…bukan mereka yang akan sama-sama bertanding dengan anda tetapi mereka yang bakal di sisi anda memberi sokongan. Mereka yang kurang bernasib baik, dilanda kecederaan, tidak dapat masuk kuota pemilihan dan yang beri laluan kepada anda. Mereka juga ada keinginan untuk mewakili negara sama tinggi dengan anda.

“Maka sebelum anda ke gelanggang, ambil beberapa saat untuk fikir tentang rakan sepasukan anda yang tidak terpilih tetapi ingin melihat anda berjaya. Yang sama-sama berlatih dengan anda tetapi tidak akan meraih emas pada kali ini. Kita Juara untuk siapa? Untuk rakan-rakan anda juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd