• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan parti itu akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya akan datang.

Perkembangan itu hadir dalam suasana politik Sungai Buloh yang kembali hangat susulan bayangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk kembali aktif di kawasan tersebut selepas diterima semula sebagai ahli UMNO.

“Setelah hampir setahun kita memikul amanah menerajui Keadilan (PKR) Cabang Sungai Buloh, keutamaan kita adalah memastikan kestabilan dan kekuatan cabang terus terpelihara.

“Dalam ucapan saya dengan tekad yang jelas, Cabang Keadilan Sungai Buloh komited mempertahankan Parlimen Sungai Buloh, mengekalkan DUN Kota Damansara serta memperkukuhkan gerak kerja merampas kembali DUN Paya Jaras.

“Ini bukan sekadar sasaran politik, tetapi satu tanggungjawab besar dalam memastikan kesinambungan perjuangan rakyat terus diperkasakan. Sungai Buloh Wilayah Keadilan. Reformasi!,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Ramanan turut menegaskan bahawa perjuangan parti perlu selari dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain menyeru ahli agar mengetepikan perbezaan demi memastikan kekuatan parti tidak terjejas.

Dalam Pilihan Raya Umum lalu, Khairy yang bertanding di bawah tiket UMNO di Parlimen Sungai Buloh tewas tipis kepada Ramanan dalam saingan sengit yang menyaksikan kerusi itu menjadi antara tumpuan utama. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ramanan Ramakrishnan Official Media

Tags: Datuk Seri R. Ramanankerusi parlimenKhairy JamaluddinPKRsungai bulohUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd