• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi susulan penerimaan semula permohonannya untuk menjadi ahli parti.

Dalam kenyataan beliau, Khairy menyatakan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada seluruh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menurutnya telah membuat keputusan tersebut dengan penuh hikmah dan keinsafan demi masa depan parti.

“Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran, serta menyedari amanah besar yang hadir bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa tempoh berada di luar parti telah memberi ruang untuk beliau melakukan muhasabah diri serta memperbaiki kelemahan yang ada.

“Tempoh di luar parti telah memberi saya ruang untuk muhasabah dan memperbaiki kelemahan diri,” jelasnya.

Khairy mendakwa, beliau kembali ke dalam parti bukan dengan sebarang tuntutan, sebaliknya dengan tekad untuk terus berkhidmat dan menyumbang kepada kekuatan UMNO.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan dan akar umbi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti,” katanya lagi.

Beliau turut berharap keputusan tersebut menjadi titik permulaan baharu kepada UMNO untuk bergerak ke hadapan dengan lebih bersatu, matang dan berwibawa. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Khairy Jamaluddin

Tags: Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiKhairy JamaluddinMKTMuhasabahperbaiki diripresidenTerima KasihUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd