• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kanak-Kanak Dijangkiti Rabies Meninggal

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di Sarawak meninggal dunia hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu, yang merupakan adik-beradik, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, masing-masing meninggal dunia pada 1.43 tengah hari dan 1.46 tengah hari di Hospital Umum Sarawak di sini.

“Hasil diagnosis mendapati mereka mengalami kematian otak dan ibu bapa mereka bersetuju bantuan pernafasan dihentikan,” kata Dr. Sim, yang juga Menteri Pemerhati bagi Jabatan Kesihatan Sarawak.

Beliau berkata mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, masih dirawat dan dikategorikan berada dalam keadaan kritikal.

Dr Sim berkata 11 pasukan kesihatan terus manjalankan tugas mengesan kes penyakit itu di Serian.
Setakat hari ini, mereka telah melawat 19 kampung dan berkunjung ke 2,098 pintu/rumah serta memeriksa 6,094 orang, katanya.

Pasukan pengesan kes aktif (ACD) itu juga memberi pendidikan kesihatan berkaitan rabies serta langkah mencegahnya kepada penduduk kampung berkenaan, kata beliau.

Sim berkata dalam tempoh 1 April hingga 4 Julai tahun ini, jumlah kes gigitan anjing yang dikesan di kawasan penularan penyakit itu di daerah Serian ialah 68.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Sarawak menasihati semua penduduk daerah Serian, terutama di tempat yang positif kes rabies, supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit itu.

“Mereka, terutama kanak-kanak, perlu menjauhkan diri daripada haiwan liar bagi mengurangkan risiko digigit haiwan itu,” katanya dalam kenyataan.

Seseorang yang digigit anjing perlulah memastikan lukanya dibasuh dengan sebanyak mungkin air dan segera pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Untuk membuat pertanyaan tentang rabies, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Sarawak melalui talian khas 082-443248/082-441780 antara 8 pagi dan 5 petang setiap hari. – BERNAMA

Tags: Datuk Prof Dr Sim Kui HianVirus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran 10,000 Anjing Disuntik Vaksin Anti-Rabies

21/01/2018
0

SIBU - Kementerian Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor anjing di Bahagian Sibu diberi suntikan anti-rabies pada...

Sampel Anjing 8 Daerah Negatif Rabies

01/08/2017
0

KUCHING - Sampel anjing yang dihantar dari lapan daerah di negeri ini untuk pemeriksaan di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) didapati negatif....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd