• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampel Anjing 8 Daerah Negatif Rabies

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sampel anjing yang dihantar dari lapan daerah di negeri ini untuk pemeriksaan di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) didapati negatif.

Dalam kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata sampel itu dihantar ke VRI yang terletak di Ipoh, Perak untuk memastikan sama ada terdapat virus rabies atau penyakit anjing gila.

“Pada 28 Julai sampel anjing dari Daerah Kuching, Serian, Bau dan Lundu dihantar ke VRI, keputusan mendapati sampel berkenaan didapati negatif.

“Begitu juga sampel anjing dari  Daerah Kuching, Serian, Samarahan dan Sarikei yang dihantar pada 29 Julai, juga didapati negatif,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, JPBN Sarawak berkata sebanyak 701 ekor anjing divaksin pada operasi yang diadakan di Dewan Suarah Bau dan Kampung Serikin hari ini.

“Secara keseluruhan bilangan haiwan yang divaksin sehingga hari ini 23,285 ekor melibatkan anjing (15,645 ekor); kucing (7,595 ekor) dan lain-lain haiwan 45 ekor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Virus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran 10,000 Anjing Disuntik Vaksin Anti-Rabies

21/01/2018
0

SIBU - Kementerian Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor anjing di Bahagian Sibu diberi suntikan anti-rabies pada...

Polis, Tentera Kawal Pintu Masuk Elak Penularan Rabies

06/07/2017
0

SERIAN - Anggota pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera diarahkan untuk mengawal sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia bagi menyekat penularan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd