• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 10,000 Anjing Disuntik Vaksin Anti-Rabies

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kementerian Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor anjing di Bahagian Sibu diberi suntikan anti-rabies pada program vaksinasi anti rabies besar-besaran yang bermula semalam.

Program tersebut bertujuan menyekat penyakit itu daripada merebak ke Bahagian Sibu berikutan pengesanan kes rabies positif pada anjing di Julau akhir tahun lalu.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee berkata, setiap suntikan dengan kos RM50 itu bertujuan melindungi anjing daripada jangkitan.

Memandangkan kos suntikan yang mahal dan hanya berkesan selepas sebulan, pemilik-pemilik anjing dinasihati memastikan haiwan kesayangan mereka itu dikuarantin selepas disuntik bagi mengelak risiko dijangkiti apabila diserang anjing-anjing positif rabies.

“Oleh kerana seekor anjing boleh bergerak sejauh 10 kilometer sehari dan Julau hanya berjiran dengan Sibu, kita membuat program ini sebagai langkah memberi imuninasi kepada anjing-anjing di sini dan seterusnya menyekat penularan virus,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Sibu di masjid An-Nur di sini malam tadi.

Dr Annuar berkata, setakat ini jumlah kematian manusia akibat jangkitan virus rabies di Sarawak masih kekal lima orang dan tiada kes baharu dikesan di kalangan manusia.

Sementara itu, beliau berkata, sambutan hari pertama ke atas program vaksinasi anti-rabies besar-besaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu yang bermula di Dewan Serbaguna Sibu Jaya semalam kurang mendapat sambutan daripada pemilik-pemilik anjing dengan hanya 197 ekor anjing diberi suntikan.

Program itu akan diadakan di 29 kawasan di bahagian ini dan dijadual berakhir di kawasan Taman Permai pada 1 Mac.

“Mungkin orang ramai tidak tahu program ini diadakan. Mulai hari ini (Ahad) kita akan mengedarkan risalah mengenai program vaksinasi anti-rabies besar-besaran bagi makluman orang ramai di daerah ini supaya datang beramai-ramai membawa anjing masing-masing untuk diberi suntikan vaksinasi anti-rabies,” jelasnya.

Beliau menyeru agar pemilik-pemilik anjing memberi kerjasama terhadap program itu demi menyekat penularan jangkitan virus itu. – BERNAMA

Tags: anjingVirus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd