• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Pertikai Arahan Guna Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Sekolah

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menempelak arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka supaya semua sekolah di negeri itu menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda sekolah.

Beliau mendakwa, gesaan kerajaan Melaka supaya sekolah di negeri itu menggunakan papan tanda dengan tulisan Jawi bagi mendaulatkan Bahasa Kebangsaan cuma satu alasan.

“Bagaimana kerajaan mahu mendaulatkan Bahasa Malaysia sedangkan terjemahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah pun menggunakan bahasa yang bermutu rendah, cincai dan nampak malas.

“Barangkali tergesa-gesa mahu menyiapkan laporan itu, pihak bertanggungjawab menyediakan naskhah rasmi dengan menggunakan khidmat penterjemahan Google sahaja dan menghasilkan terjemahan yang begitu rendah mutunya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang memberi contoh penulisan alasan penghakiman pada muka surat 292 yang berbunyi:

‘Sekarang kami akan meneliti “faktor menolak” dan “faktor menarik” yang dikatakan dalam konteks pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Kami bermula daripada konteks umumnya.’

Beliau mempersoalkan apa yang dimaksudkan dengan konteks umum dan faktor menolak yang sepatutnya disebut sebagai faktor pendorong.

“Bagaimana pula gesaan menggunakan papan tanda dengan tulisan Jawi boleh membantu kakitangan kerajaan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan lebih baik dan bukan secara cincai,” dakwanya.

Media bagaimanapun baru-baru ini melaporkan Langkah Jabatan Pelajaran negeri melaksanakan tulisan Jawi di papan tanda semua sekolah di negeri ini, adalah sebagai usaha memartabatkan penggunaannya.

Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Mohd Nasruddin Abd Rahman dipetik berkata, tidak salah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Melaka mengeluarkan arahan sedemikian memandangkan Jawi merupakan tulisan utama di rantau ini satu ketika dulu.

Tags: Lim Kit Siang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd