• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau sumbangan veteran DAP, Lim Kit Siang membuka laluan kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Paloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Menurut Sheikh Umar, beliau masih mengingati detik pada 30 Mac 2018 apabila Kit Siang hadir ke Paloh dan mengumumkan calon PH.

Katanya, selepas bertahun-tahun bertanding tanpa kemenangan, PH akhirnya menewaskan Barisan Nasional (BN) di Paloh buat kali pertama dalam sejarah pada PRU 2018.

“Teringat 30 Mac 2018. Petang tu, pekan Paloh ramai orang. Kit Siang datang. Dia pegang tangan saya dan umumkan sebagai calon PH.

“Banyak tahun kami bertanding di sini, belum pernah menang.. Dengan izin Allah, pilihan raya 2018 tu kami berjaya tewaskan BN..Kali pertama dalam sejarah..,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Sheikh Umar mengakui Paloh bukan kerusi yang mudah dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau namun percaya usaha gigih sepanjang tempoh berkempen mampu memberikan keputusan yang positif.

“Tiada siapa kata kerusi Paloh kerusi mudah. Tapi dengan kerja kuat, Insya-Allah tiada apa yang mustahil,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali

Tags: Lim Kit SiangNaib Pengerusi DAP JohorPalohpilihan raya negeriPRNPRU 2018Sheikh Umar Bagharib Ali
Share278Tweet174SendShare

Related Posts

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa sepatutnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad...

PAS Menang Tak Bermaksud Islam Menang –  Sheikh Umar

PAS Menang Tak Bermaksud Islam Menang – Sheikh Umar

02/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kemenangan PAS dalam pilihan raya dan pertambahan jumlah kerusi tidak semestinya membawa maksud Islam turut mencapai kemenangan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd