• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Nafi Mat Don Akan Berpindah Ke JDT

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah menafikan bahawa pemain kesayangan mereka Liridon Krasniqi bakal berhijrah ke Johor Darul Ta’azim (JDT).

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminunddin Omar perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dibangkitkan oleh ‘Mat Don’ sendiri yang masih mempunyai kontrak bersama Kedah sehingga 2018.

“Ramai penyokong kita mula gusar apabila mendengar berita ini, namun sebenarnya ia hanyalah khabar angin, jadi tiada yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada Bernama.

Selain itu Aminuddin meminta para penyokong agar memberi ruang kepada KFA untuk memilih jurulatih baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang bakal menggalas tugas sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.

“Saya tahu penyokong merasakan prestasi Kedah semakin merosot berikutan berita perpindahan Cheng Hoe, selain pihak pengurusan KFA yang mengambil masa lama untuk mencari jurulatih yang baharu.

“Tetapi pada hakikatnya KFA sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan Kedah. Calon jurulatih memang sudah ada tetapi belum ditentukan lagi, kerana kita hendak tengok kebolehan dan keserasian mereka bersama pasukan Kedah,” katanya.

Janjinya KFA akan berusaha mendapatkan penganti terbaik Cheng Hoe dan berharap penyokong Kedah sentiasa berdiri teguh memberi sokongan kepada Kedah. – BERNAMA

Tags: JDTKedah FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd