• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OCA, INASGOC Kurangkan 62 Acara Sukan Asia 2018

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia Indonesia (INASGOC) bersetuju mengurangkan acara daripada 493 kepada 431 untuk temasya yang akan diadakan di Jakarta-Palembang, tahun depan.

Presiden OCA, Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah berkata bagi mematuhi Agenda Olimpik 2020, OCA dan INASGOC akan bekerjasama erat untuk menjadikan temasya kali ini sebagai model Sukan Asia yang kos efektif tetapi berjaya.

“OCA dan INASGOC bersetuju mengurangkan acara daripada 493 kepada 431, kurang enam daripada 437 acara ketika ia diadakan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

“Saya juga berterima kasih kepada Jusuf Kalla (Naib Presiden Indonesia dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018) yang menemui kami walaupun mempunyai jadual yang ketat. Perbincangan kami berjalan lancar dengan beberapa keputusan yang positif.

“Pada masa sama, saya juga berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atas sokongan dan usahanya untuk menjayakan Sukan Asia 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sheikh Ahmad juga berkata penyenaraian acara ekuestrian dalam program temasya itu ditangguhkan sehingga Persekutuan Ekuestrian Asia memilih presiden mereka pada 18 Ogos ini.

Sukan Asia Jakarta-Palembang dijangka berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept 2018. – BERNAMA

​​​​​

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng Desak Kerajaan Dedah Kos, Tender Terbuka Dan Pihak Lulus Aplikasi TuJu

Guan Eng Desak Kerajaan Dedah Kos, Tender Terbuka Dan Pihak Lulus Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan mesti berterus terang mengenai kos pembangunan, proses tender terbuka serta pihak yang meluluskan aplikasi navigasi...

Rafizi Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan

Rafizi Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan merujuk Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd