• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OCA, INASGOC Kurangkan 62 Acara Sukan Asia 2018

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia Indonesia (INASGOC) bersetuju mengurangkan acara daripada 493 kepada 431 untuk temasya yang akan diadakan di Jakarta-Palembang, tahun depan.

Presiden OCA, Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah berkata bagi mematuhi Agenda Olimpik 2020, OCA dan INASGOC akan bekerjasama erat untuk menjadikan temasya kali ini sebagai model Sukan Asia yang kos efektif tetapi berjaya.

“OCA dan INASGOC bersetuju mengurangkan acara daripada 493 kepada 431, kurang enam daripada 437 acara ketika ia diadakan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

“Saya juga berterima kasih kepada Jusuf Kalla (Naib Presiden Indonesia dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018) yang menemui kami walaupun mempunyai jadual yang ketat. Perbincangan kami berjalan lancar dengan beberapa keputusan yang positif.

“Pada masa sama, saya juga berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atas sokongan dan usahanya untuk menjayakan Sukan Asia 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sheikh Ahmad juga berkata penyenaraian acara ekuestrian dalam program temasya itu ditangguhkan sehingga Persekutuan Ekuestrian Asia memilih presiden mereka pada 18 Ogos ini.

Sukan Asia Jakarta-Palembang dijangka berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept 2018. – BERNAMA

​​​​​

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd