• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Black Widow’ Jepun Disyaki Racun Mati 7 Pasangan

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Jepun menahan seorang jutawan warga emas berusia 67 tahun di kediamannya setelah disyaki meracuni pasangan terbaharunya sehingga menemui ajal.

Sekumpulan penyiasat telah menggeledah kediaman wanita itu, Chisako Kakehi, sehari selepas penahanannya. Menurut laporan, bahan kimia beracun ditemui dalam tong sampah di rumahnya.

Memetik laporan agensi berita Jiji Press, Kakehi memiliki kekayaan berjumlah USD6.8 juta (RM22.9 juta) sejak 20 tahun lalu, yang mana ia meliputi wang insuran dan aset-aset terkumpul yang ditinggalkan ketujuh-tujuh pasangannya.

Mengikut kronologi, kes Kakehi bermula pada 1994 apabila suami pertamanya meninggal dunia pada usia 54 tahun. Kemudian pada 2006, suami keduanya yang dikenali menerusi agensi mencari jodoh menemui ajal akibat strok pada usia 69 tahun.

Perkahwinan ketiganya pula tamat dua tahun selepas itu kerana kematian suaminya pada usia 75 tahun. Setahun selepas itu, teman lelakinya meninggal dunia akibat kanser, manakala tunangnya menemui ajal akibat pengsan ketika menunggang motosikal pada 2012.

Suami keempatnya Isao Kakehi, jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum menemui ajal pada Disember tahun lalu, tak sampai dua bulan selepas mereka berkahwin.

Dalam kes terbaharu September lalu, teman lelaki wanita tersebut yang berusia 75 tahun, meninggal dunia selepas mereka menjamu selera di sebuah restoran.

Terma ‘black widow’ telah digunakan bagi menggambarkan individu yang membunuh pasangannya. Di Jepun, ini bukan kes Black Widow pertama dilaporkan di media.

Pada 2012, Kanar Kijima dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh tiga lelaki berusia 41, 53 dan 80 tahun yang dikenalinya menerusi laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: jepunkes bunuhWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd