• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

oleh Mynewshub
27/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman media sosialnya.

Rata-rata netizen memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan antara kedua-dua jentera berkenaan, malah menyifatkan ia sebagai langkah positif ke arah memperkukuhkan hubungan politik serta perpaduan ummah.

Menerusi hantaran tersebut, Asyraf Wajdi berkata, beliau berasa gembira melihat Wanita BN dan Muslimat PAS-PN bergerak bersama-sama dalam aktiviti kempen, termasuk menziarahi rumah ke rumah.

“Seronok melihat Wanita BN dan Muslimah PAS-PN bergandingan dan beriringan berkempen menziarahi rumah ke rumah. Moga Allah berkati dan rahmati.

“Setakat 25 DUN yang telah saya turun, saya menyaksikan bahawa jentera dan rakyat di akar umbi amat selesa dengan kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama yang diteruskan secara baik mampu memperkukuhkan lagi kestabilan politik dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan agama yang menjadi identiti Malaysia sebagai sebuah negara harmoni dan majmuk.

Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang menyambut baik kerjasama BN-PN menjelang PRN Negeri Sembilan.

Seorang pengguna, Naem Ben Anis berkata, perpaduan perlu berasaskan pegangan kepada agama dan kesatuan.

“Selagi kita berpegang pada tali Allah, kita tidak akan berpecah. Demi agama, bangsa dan negara tercinta,” katanya.

Sementara itu, Sarinah Abdullah mendoakan agar hubungan antara kedua-dua parti terus kukuh demi kestabilan negara.

“Insha-Allah semoga silaturahim terus kukuh demi agama, bangsa dan kestabilan negara tercinta. Semoga Melayu Islam di Malaysia terus kuat dan teguh,” katanya.

Mohd Hazrol pula berharap kerjasama berkenaan dapat mengelakkan perselisihan pada masa akan datang.

“Harap janganlah bergaduh lagi selepas ini sesama kita. Yang rugi, Melayu Islam,” katanya.

Turut mencuri perhatian, komen Muhammad Fadzli yang menyifatkan kerjasama BN-PN sebagai harapan baharu anak muda Negeri Sembilan untuk melihat negeri itu terus maju dan sejahtera. – MYNEWSHUB

 

Tags: BekerjasamaberkempenBNgambarJalan SeiringjenteraNetizenPNPRN Negeri SembilanpujianWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Isu Perkauman Di Negeri Dipimpin BN Dan PN – Jalaluddin

Tiada Isu Perkauman Di Negeri Dipimpin BN Dan PN – Jalaluddin

27/07/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan bukan UMNO dan PAS yang mencetuskan isu...

UMNO Pilih Jalan Muafakat, Pertahan Kepentingan Melayu Islam Tanpa Pinggir Kaum Lain

UMNO Pilih Jalan Muafakat, Pertahan Kepentingan Melayu Islam Tanpa Pinggir Kaum Lain

26/07/2026
0

SEREMBAN - UMNO tidak pernah berganjak daripada asas perjuangannya dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama Persekutuan, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd