• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

oleh Mynewshub
23/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan keselamatan sambil membawa objek dipercayai senjata tiruan di sekitar Kepong.

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video tersebut pada jam 4.31 petang semalam selepas ia mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Menurut beliau, semakan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Bukit Desa, Kepong.

 

“Video itu memaparkan seorang lelaki yang bangsa masih belum dapat dipastikan memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata yang disyaki tiruan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Susulan laporan diterima, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar, kelasi atau askar udara serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana disyaki memiliki dan mengimport senjata tiruan.

 

Mengikut peruntukan undang-undang, kesalahan di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

 

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 pula, individu yang disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM5,000.

 

Rakaman yang tular sebelum ini memaparkan seorang individu berjalan di tengah jalan pada waktu malam sambil memegang objek menyerupai senjata sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Prakash Sithambaram di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.-MYNEWSHUB

BACA LAPORAN ASAL MYNEWSHUB DI SINI

Tags: anggota polisAnggota TenteraHantu jepunjepunkepongMalaysia-JepunPDRMPolis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

27/07/2026
0

TAMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd