• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Perkenal ‘Wukuf Safari’ Bawa Jemaah Sakit

oleh
03/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Buat pertama kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan program khas ‘Wukuf Safari’ bagi membawa jemaah haji Malaysia yang sakit ke Arafah semasa hari wukuf pada 9 Zulhijjah (11 September) ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Saiful Azlan Shariff berkata pihaknya menggunakan dua buah bas yang diubah suai khas seperti sebuah wad, tiga buah bas bagi pesakit yang boleh duduk dan tujuh ambulans bagi membawa jemaah haji berkenaan untuk menyempurnakan wukuf.

“Jika dahulu, pesakit akan diletakkan di dalam khemah semasa berwukuf tetapi kali ini jemaah berkenaan akan dibawa menggunakan bas khas ini dan akan dihantar semula ke Makkah sebaik menyelesaikan wukuf.

“…dengan itu jemaah yang sakit tidak perlu diletakkan di dalam khemah seperti sebelum ini yang boleh mendedahkan mereka kepada situasi yang lebih merumitkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr. Saiful Azlan berkata bas berkenaan diubah suai dengan teknologi terkini yang memudahkan pesakit dibawa masuk ke dalam bas yang dipantau sepenuhnya oleh pasukan kesihatan TH.

Dr. Saiful Azlan berkata sebaik sahaja selesai wukuf, pesakit berkenaan akan segera dihantar semula ke pusat perubatan atau hospital di sini bagi rawatan selanjutnya.

Beliau berkata bas berkenaan akan dilengkapi beberapa buah katil dan peralatan perubatan bagi memastikan penjagaan kesihatan mereka terjamin.

Perjalanan ke Arafah dari sini adalah kira-kira sejauh 22 kilometer dan wukuf merupakan salah satu rukun wajib bagi seseorang itu menyempurnakan ibadat haji.

Wukuf bermaksud setiap jemaah diwajibkan berada seketika di padang Arafah selepas gelincirnya matahari pada setiap 9 Zulhijjah yang tahun ini adalah pada 11 September.

Bagaimanapun, Dr. Saiful Azlan berkata pesakit yang koma dan tenat tidak akan dibawa ke Arafah kerana keadaan mereka yang tidak mengizinkan.

“Hanya pesakit yang sedar dan ada peluang untuk sedar akan dibawa menggunakan kenderaan khas ini bagi menyempurnakan wukuf mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung HajiWukuf Safari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd