• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Setahun Dikebumikan, Tiba-Tiba Pulang Ke Rumah

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGI kisah unik dari negara seberang, Indonesia.

Sebuah perkampungan di Kraton, Yogyakarta dikejutkan dengan kepulangan seorang warga emas bernama Waluyo, 62, ke rumahnya.

Setahun lalu, Waluyo dilaporkan telah pun meninggal dunia dan selamat dikebumikan.

Namun, pada Selasa lalu, Waluyo tiba-tiba kelihatan di depan rumahnya sedang mengetuk pintu.

Hal itu juga membuatkan anak perempuannya, Anti Ristanti yang membuka pintu terkaku dan keliru melihat susuk tubuh lelaki itu.

“Terkejut ibu tanya ini siapa. Lihat kakinya enggak ngambah lemah (menyentuh tanah) enggak ya. Tapi, memang benar itu bapa. Semua warga juga terkejut,” kata Anti.

Sudah Setahun Dikebumikan, Tiba-Tiba Pulang Ke Rumah
Jiran datang melawat Waluyo.

Menurut Anti, ayahnya sering kali tidak pulang kerana pekerjaanya sebagai tukang beca dan keluarga pun sudah biasa dengan keadaan itu.

Sehinggalah pada awal bulan Mei 2015, berlakunya sebuah kemalangan di mana, mangsa yang terlibat itu mirip dengan wajah Waluyo.

Malah, keluarga Waluyo sempat merawat mangsa selama enam hari sebelum akhirnya meninggal dunia.

Berikutan itu, lelaki yang disangkakan sebagai ayahnya itu dikebumikan ke tempat kelahirannya di Suren Kulon Canden Jetis, Bantul.

“Mungkin dulu itu gelandangan. Tapi wajahnya persis, tinggi badan sama bajunya juga mirip,” tuturnya.

“Sudah koma waktu itu di Hospital Sardjito, aku bilang mau nikah. Dia seperti kasih tanda respons gitu kan koma waktu itu. Lalu meninggal dan ibu juga mandikan semua badan sama,” katanya.

Keluarga Waluyo juga mengakui mereka sudah banyak kali menziarahi kuburnya itu.

Sudah Setahun Dikebumikan, Tiba-Tiba Pulang Ke Rumah
Keluarga Waluyo.

Setelah kepulangannya itu, Waluyo mengaku selama ini pergi ke Semarang bekerja sebagai tukang sapu.

Namun, kerana tidak memiliki telefon bimbit, komunikasi antara mereka terputus.

Dalam pada itu, keluarga turut mendakwa, Waluyo tidak mempunyai saudara kembar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaMATI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd