• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Khidmat Bakti Pemuda BN Bukan Retorik

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Program khidmat bakti yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) bukan bersifat retorik, tetapi ia sentiasa memberi impak kepada golongan sasar, kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Menerusi program Karnival BN Youth Job & Career misalnya, ia jelas membantu anak-anak muda yang mencari pekerjaan atau yang mahu melanjutkan pengajian.

“Inilah perbezaan antara BN dengan parti lawan di mana kita membawa harapan dalam bentuk masa depan dengan menghidangkan kerjaya untuk mereka, bukan memberi janji-janji palsu,” katanya ketika berucap pada majlis penutup karnival itu di Dataran Pavilion di sini, hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan daripada 100 buah syarikat dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Usaha ini bukan hanya dilakukan ketika pilihan raya malah berterusan untuk membantu anak-anak muda kerana ekonomi merupakan isu paling penting bagi mereka,” kata Khairy.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata program yang dilaksanakan itu dihadiri lebih 4,000 pengunjung.

“Seramai 978 orang ditawarkan pekerjaan (menerusi program itu) manakala jumlah yang mendaftar bersama institusi kemahiran ialah seramai 365 orang,” katanya.

Terdahulu, Khairy turut melancarkan tiga buah lori yang diberi nama Kedai Jimat bagi membantu golongan belia memulakan perniagaan.

“Tiga buah lori itu diperoleh melalui dana khas keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MBM). Ini merupakan usaha sama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan MBM.

“Usaha ini untuk mencapai objektif serampang dua mata yang mana satu untuk menjual barang-barang runcit dengan harga lebih rendah dan kedua untuk beri peluang perniagaan kepada usahawan muda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd